Sultan Nazrin bertitah, golongan itu juga perlu menawarkan sesuatu yang belum pernah diteroka tetapi menyumbang nilai yang sangat memberi impak kepada seluruh masyarakat atau disebut sebagai strategi lautan putih.

Baginda bertitah lagi, penglibatan golongan cendekiawan dalam produk-produk syariah amat penting bagi menyaksikan perkembangan, inovasi dan pembangunan dalam kewangan Islam.

“Penglibatan cendekiawan Islam akan membuka lebih kemungkinan kepada penawaran produk yang lebih meluas dan lebih menarik bagi membolehkan penyediaan keperluan kewangan yang pelbagai dalam dunia yang berevolusi.

“Beta percaya, sebagaimana industri berevolusi pada tahun-tahun akan datang, peranan cendekiawan Islam akan menjadi lebih signifikan. Para cendekiawan sangat diperlukan kerana mereka adalah golongan berilmu,” titah baginda pada majlis pelancaran buku Minda Syariah Kewangan Islam dan versi terjemahannya dalam bahasa Inggeris, Syariah Minds in Islamic Finance.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar yang juga merupakan penulis buku tersebut. - UTUSAN ONLINE