Menurut Pengarah Urusannya, Raymond Wong, perasmian tersebut menjadikan Nene Chicken mempunyai empat cawangan kedai rantaian ayam terbesar di Korea Selatan yang telah dibuka di negara.

"Kami telah melakukan pra pelancaran cawangan di sini pada 15 Julai lalu dan terkejut melihat sambutan baik daripada orang ramai.

"Pada tahun ini juga berkemungkinan membuka sebuah lagi cawangan di Pusat Beli-belah CityOne di Kuching," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia pada Perasmikan Restoran Nene Chicken oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali di Pusat Beli-belah Plaza Merdeka sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Plaza Merdeka Holdings Sdn. Bhd., Datuk Steve Ng dan Statemaster Nene Chicken Sarawak, Ling Tung Huo dan Sii Ee Ling. - UTUSAN ONLINE