Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya namun beliau enggan mendedahkan nama calon tersebut.

Difahamkan, salah seorang calon tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong daripada Bersatu, Dr. Sahruddin Jamal.

Marzuki berkata, pihaknya sudah mempunyai nama calon Menteri Besar untuk diserahkan kepada Sultan Johor bagi mendapat perkenaan baginda.

“Kita bertanding atas nama PH, maka siapa sahaja calon akan mewakili PH termasuk daripada Bersatu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Songkran 2019 di Wat Siam Padang Jelutong, Chuping, di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, PH menang majoriti dua pertiga iaitu kira-kira 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Dalam masa sama, kita juga tidak mahu ada pihak ketiga yang cuba menangguk di air yang keruh dalam soal ini," katanya. - UTUSAN ONLINE