Lapor Liputan.6.com, caleg tersebut yang tidak didedahkan identitinya itu meminta Ahmad berpindah daripada rumahnya yang dibina di atas tanah miliknya di Desa Kalu-kaluku, mukim Kodeoha sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Ahmad, dia menerima notis berpindah dua hari selepas pilihan raya diadakan pada 17 April lalu.

Sehubungan itu, kira-kira 20 penduduk kampung berama-ramai bergotong royong membantu Ahmad memindahkan rumahnya kira-kira 30 meter dari tapak asal, semalam. – AGENSI