Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengesahkan perkara itu berkata, laporan telah dibuat pagi ini di Balai Polis Sungai Koyan.

"Laporan polis telah dibuat oleh calon (BN) yang datang ke balai polis bersama peguam jadi perkara ini dalam tindakan polis, kita tunggu (siasatan).

"Bagi saya perkara ini (guna kenderaa kerajaan) tak sepatutnya berlaku namun keadaan terkawal," katanya selepas merasmikan Dewan Arabellia di Tanah Rata di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di laman sosial sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki kedua-dua lelaki tersebut mempunyai logo Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang disembunyikan di bawah bendera parti Pakatan Harapan 
dan Jalur Gemilang.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Cameron Highlands yang kini sedang berlangsung Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands. - UTUSAN ONLINE