MOHD. RADZI MD JIDIN
MOHD. RADZI MD JIDIN

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd. Radzi Md Jidin berkata, cadangan tersebut telah dibentangkan oleh Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohammad dalam Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018.

“Beliau menekankan mengenai pentingnya keperluan untuk kerajaan menggubal segera Akta Sabotaj Ekonomi.

“Jadi, kerajaan mengambil serius cadangan ini dan ia sedang dalam peringkat perbincangan dengan pihak berkaitan untuk penggubalan dalam masa terdekat,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Bashir Alias yang meminta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi menyatakan program akan dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu dan golongan bumiputera di negara ini. – UTUSAN ONLINE