Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cadang perkenal subjek pengajian alam sekitar di sekolah

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
KEMENTERIAN Sumber Asli dan Alam Sekitar bercadang untuk memperkenalkan subjek alam sekitar dalam sukatan pelajaran di sekolah bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.- UTUSAN ONLINE/GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bercadang untuk memperkenalkan subjek alam sekitar dalam sukatan pelajaran di sekolah bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya akan berbincang dengan kementerian pendidikan agar cadangan tersebut dapat diketengahkan.

“Pencemaran alam sekitar di negara ini banyak berpunca daripada tindakan masyarakat sendiri yang membuang sampah di merata-rata tempat.

“Kerajaan serius dalam menangani isu berkaitan alam sekitar dan salah satu cara efisien ialah menerusi pendidikan awal di sekolah,” katanya dalam sidang akhbar Simposium Inovasi NRE 2017, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain