Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bumbung jejantas lebuhraya di JB runtuh, pemandu lori cedera

JOHOR BAHRU 12 Okt. - Bumbung sebuah jejantas pejalan kaki di Lebuhraya Perling-Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh pada kira-kira 4.30 petang hari ini ketika hujan lebat.

Menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat Johor Baharu, kejadian itu menyebabkan seorang pemandu lori cedera setelah tersepit dalam lorinya yang dihempap bumbung itu.

Dua buah kereta dan sebuah motosikal turut mengalami kerosakan dalam kejadian itu, menurutnya.

``Ketika penyelamatan dibuat, didapati seorang mangsa lelaki iaitu pemandu lori tersepit dan dikeluarkan oleh pihak bomba. Mangsa telah dihantar ke hospital Sultanah Aminah dengan ambulans,'' menurut kenyataan itu.

Pihak bomba menghantar sebuah jentera bersama sembilan anggota sebaik menerima panggilan tentang kejadian itu pada 4.36 petang dan tiba di lokasi kejadian pada 5.05 petang.

- BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain