Ia apabila Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendedahkan menerima sebuah manuskrip buku bertajuk ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’.

Jelas Johari, beliau menerima manuskrip buku tersebut pada 10 Jun lalu daripada seorang penulis bernama Yahaya Ismail yang difahamkan olehnya merupakan seorang penulis upahan.

“Saya telah membaca keseluruhan manuskrip buku tersebut dan mendapati ia sarat dengan fitnah dah tohmahan yang keji dan amat dahsyat terhadap Datuk Seri Anwar.

“Fitnah-fitnah tersebut berlegar tentang tohmahan homoseksualiti, korupsi dan ejen zionis Israel dan Amerika Syarikat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dekat sini hari ini.

Jelas Johari, dalam manuskrip tersebut, terdapat juga elemen mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong memberikan pengampunan penuh kepada Anwar.

“Dalam bab 15 manuskrip buku ini, penulis mempromosi seorang pemimpin yang beliau fikirkan layak untuk diangkat menjadi Perdana Menteri,” katanya yang turut akan membuat laporan polis berhubung penulisan buku tersebut. - UTUSAN ONLINE.