Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malah menegaskan, walaupun berbeza parti, namun apa sahaja isu melibatkan kepentingan rakyat harus sentiasa menerima sokongan semua.

Jelas beliau, RUU berkenaan turut menjadi pengiktirafan kepada golongan muda di samping meyakini kemampuan golongan tersebut menentukan kerajaan dan kepemimpinan negara pada masa hadapan.

“Seperti saya sebutkan semasa dalam perbahasan, dalam UMNO sendiri kita memang parti pertama yang menubuhkan sayap Puteri UMNO. Itu bukti jelas bahawa kita mempercayai kemampuan golongan muda utk jadi ahli UMNO. Kita akan pinda perlembagaan parti untuk buka keahlian seawal usia 16 tahun.

“Jadi, pindaan ini selaras dengan apa yang diperjuangkan pembangkang utk kepentingan golongan muda dan yang paling penting sekali, walaupun peringkat awal hanya usia 18 tahun tetapi daftar secara manual tetapi apabila kita adakan rundingan, Perdana Menteri bersetuju.

“Tun Dr. Mahathir Mohamad malah memaklumkan kepada kita bahawa beliau akan menarik balik RUU yang asal dan menggantikan dengan RUU dipinda seperti yang dipohon pembangkang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE