Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bufet Ramadan: Hotel kenakan bayaran tinggi

Hamzah Aliff 3
Hamzah Aliff

KUALA LUMPUR 19 Mei – Dalam tempoh masa seminggu lagi umat Islam akan menyambut Ramadan, namun dapat dilihat hotel-hotel kini telah berlumba-lumba mempromosikan bufet Ramadan sejak bulan lalu dengan pelbagai jenis juadah dan tawaran harga.

Kini, budaya untuk berbuka puasa secara bufet di hotel semakin popular dalam kala­ngan masyarakat meskipun ada segelintir rakyat Malaysia merungut kos sara hidup kini semakin meningkat.

Iro­ninya, mereka masih mempunyai kemampuan untuk mewah berbelanja dan menikmati juadah berbuka puasa hidangan bufet di hotel eksklusif yang bernilai ratusan ringgit.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati saban tahun harga yang dikenakan di hotel-hotel bertaraf empat mahupun lima bintang masing-masing me­ngenakan bayaran lebih RM130 bagi dewasa dan lebih RM70 bagi kanak-kanak.

Terdapat juga hotel yang memberikan diskaun kepada pelanggan terawal dengan mengenakan diskaun seba­nyak 10 peratus daripada harga asal dan kepada pelanggan yang menempah lebih daripada 10 orang.

Namun, harga yang dikenakan masih lagi dalam lingku­ngan sekitar RM90 ke RM80.

Seorang penganalisis marin, Hamzah Aliff Ab. Rashid, 31, berkata, dahulu, dia gemar untuk berbuka puasa di bufet Ramadan kerana harga yang dikenakan pihak hotel berpatutan dan boleh menikmati juadah yang pelbagai.

“Namun, kini harga yang ditawarkan tidak berbaloi dan semakin mahal manakala kualiti hidangan juga tidak sebaik dahulu.

“Oleh itu, pada tahun ini, saya mengambil pendekatan untuk berjimat dan melengkapkan keperluan menyambut Aidilfitri sahaja,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Kewangan, Martina Armail, 30, turut mengakui setiap tahun gemar ke bufet Ramadan kerana terdapat hotel yang menyediakan juadah lengkap termasuk pencuci mulut de­ngan harga berpatutan.

“Saya dan keluarga akan ber­kunjung ke hotel yang menawarkan harga berpatutan de­ngan kualiti yang baik. Namun, saya dapati, semakin lama semakin mahal. Sekiranya mahu berbuka di bufet Ramadan, saya akan pastikan pilihan dibuat dengan baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang pekerja swasta, Noer Said, 32, berkata, dia hanya berbuka puasa di hotel jika mendapat jemputan daripada pihak syarikatnya dan tidak akan mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk ke bufet Ramadan kerana lebih gemar berbuka secara sederhana.

“Oleh itu, saya gemar untuk berbuka di rumah sahaja kerana jumlah harga yang dikenakan sekitar RM80 ke RM90 adalah jumlah yang besar. Jumlah itu boleh digunakan untuk per­belanjaan yang lain,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain