Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ghazali Othman berkata, bapa kanak-kanak lelaki itu mula mengesyaki anaknya mungkin dijangkiti penyakit tersebut setelah pulang dari bercuti di Sarawak baru-baru ini.

"Bapa pesakit bimbang anaknya yang berusia enam tahun terkena jangkitan itu kerana mangsa pernah digigit anjing di Sarawak tempoh hari iaitu di kawasan kampung yang menjadi tempat virus itu merebak.

"Apabila mendapati anaknya demam dan selesema, dia terus menghantar anaknya ke Hospital Terendak sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka pada Rabu lalu," katanya di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun mengesahkan keadaan kanak-kanak lelaki itu kini sudah stabil, namun siasatan masih dijalankan bagi mengetahui sama ada pesakit terbabit dijangkiti dengan virus berkenaan ataupun sebaliknya. - UTUSAN ONLINE