Ketua Eksekutif Makmal Pertahanan Sains dan Teknologi, Gary Aitkenhead berkata, mereka dapat mengesahkan agen saraf itu adalah Novichok dan ia merupakan agen saraf tentera.

“Namun kami tidak dapat mengenalpasti sumber yang tepat dan kami menyediakan maklumat saintifik kepada kerajaan yang kemudian menggunakan beberapa sumber lain untuk menyatukan kesimpulan yang telah anda perolehi,” katanya. - REUTERS