Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya langkah memperkasakan BR1M adalah lebih baik daripada menghapuskannya.

Katanya, ini kerana kejayaan dan kebaikan BR1M dapat dibuktikan menerusi laporan dikeluarkan pelbagai pihak sama ada dalam dan luar negara.

“Pelaksanaan BR1M pada tahun 2012 bertujuan untuk membantu penerima khususnya golongan B40.

“Dalam laporan dikeluarkan Bank Dunia, manfaat BR1M telah berjaya sampai sehingga 90 peratus golongan sasar dan mengurangkan kemiskinan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE