Katanya, kekosongan itu perlu diisi segera bagi menampung keperluan semasa yang banyak disokong oleh pasukan bantuan termasuk sukerelawan bomba dan bomba komuniti.

“Pada masa ini hanya terda­pat kira-kira 14,000 anggota bomba di seluruh negara,” katanya kepada pemberita dalam Kempen Keselamatan Kebakaran dan Pelancaran Program Suri JBPM Pulau Pinang di sini.

Sehubungan itu juga Zuraida yakin sebarang pengurangan ja­watan dalam sektor awam tidak akan melibatkan JBPM yang tugas utamanya menjaga keselamatan harta benda awam dan negara.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam yang berpandangan saiz warga sektor awam di negara ini terlalu besar dan perlu dikecilkan.

Sementara itu, Zuraida ber­kata, keputusan tender bagi pem­bekalan baju kalis api akan diketahui April ini.

“Kita sudah mengeluarkan tender untuk baju kalis api sebanyak 9,000 helai dan kali ini penyemakan tendernya akan lebih ketat kerana kita hendak pastikan baju kalis api itu dapat pengesahan dan terbukti betul-betul kalis api,” katanya.

Terdahulu dalam majlis itu, Zuraida yang memuji inisiatif tersebut berharap golongan ibu dapat mempraktikkan ilmu memadam api ketika berlakunya kecemasan seperti kebakaran di dapur. – bernama

Pendedahan kepada kaedah memadam kebakaran ini secara tidak langsung akan mengurangkan perasaan cemas dan panik dalam kalangan suri apabila menghadapi situasi yang tidak dingini terutamanya kebakaran, katanya. – BERNAMA