Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.15 petang ketika kanak-kanak berkenaan sedang menaiki kereta bersama bapa saudaranya yang dalam perjalanan untuk memindahkan barang dari Balik Pulau ke Bukit Mertajam.

Katanya, ketika dalam perjalanan, kanak-kanak berkenaan dipercayai bermain berdekatan tong gas itu sebelum tanpa disedari kedua-dua belah kakinya tersangkut pada bahagian atas tong gas tersebut.

Tambahnya, selepas gagal mengeluarkan kedua-dua belah kaki kanak-kanak berkenaan, bapa saudara mangsa kemudiannya segera ke Balai Bomba dan Penyelamat Perai untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu, video insiden berkenaan yang berdurasi 47 saat dan memaparkan usaha anggota bomba mengeluarkan kaki kanak-kanak berkenaan turut tular di media sosial.

Kanak-kanak itu dilihat menangis ketika anggota terbabit cuba memotong bahagian atas tong gas itu menggunakan alat pemotong besi. - UTUSAN ONLINE