Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisio­ner Hamzah Ahmad berkata, bagaimanapun bom yang ditemukan pada pukul 7 pagi itu telah dimusnahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) Tawau pada pukul 3 petang semalam.

“Hasil siasatan mendapati bom berkenaan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditemukan seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Danial ketika berada di ladang tersebut.

“Bom itu juga dipercayai digugurkan sewaktu operasi menentang penceroboh di Kampung Tanduo, di sini pada tahun 2013 dan tidak meletup,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hamzah menambah, peme­riksaan turut dijalankan di sekitar kawasan penemuan bom tersebut bagi tujuan keselamatan.