Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pelaksanaan tersebut disifatkan tidak baik bagi mewujudkan perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Malah katanya, negara tidak boleh ‘dijarakkan’ melalui dominasi kaum mengikut bandar, wilayah dan tempat serta perlu diimbangi menerusi model sedia ada yang seharusnya dipertingkatkan.

““Kekhuatiran ini lahir daripada tanggapan bahawa di sesetengah bandar yang di dominasi sesetengah kaum, ramai pengundi akan cenderung menyokong calon dari kalangan kaum mereka saja. Ini sangatlah tidak baik kepada masyarakat majmuk Malaysia.

“Saya merasa isu ini sangat penting dan jarang bahaskan. Namun Implikasi pelaksanaannya kepada rakyat Malaysia sangat besar. Ia akan mengubah landskap politik Malaysia dengan drastik sekali,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, pilihan raya kerajaan tempatan tidak akan diadakan dalam masa terdekat sehingga keputusan Jemaah Menteri mengenainya diketahui seawal-awal tahun ini. - UTUSAN ONLINE