Tambahan pula jika si ibu terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga, makin besar dugaan yang dihadapi. Mana hendak diletakkan anak itu.

Justeru, alangkah besarnya hati jika ada pihak yang menghulurkan bantuan, tidak semestinya kewangan, sebaliknya rasa prihatin pun sudah cukup meringankan sedikit galau di hati.

Itu yang dirasai pemandu teksi, Razali Sahran, 52, dan isteri, Siti Aishah Halim, 47, dalam menguruskan anak gadis mereka, Nuraina Syafiqah, 22, yang menghidap cerebral palsy.

Mujur majikan Siti Aishah iaitu pemilik firma guaman berpejabat di Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor membenarkan dia membawa Nuraina Syafiqah ke pejabat, malah disediakan ruang khas untuk gadis itu melakukan aktiviti sendiri ketika ibunya bekerja.

Majikan! Anda tahu siapa diri anda, moga Allah merahmati anda. Harapnya syarikat lain mencontohi keprihatinan majikan Siti Aishah.

Namun bagi Razali, ada sesuatu yang terbuku dalam hatinya apabila mengenangkan masa depan Nuraina Syafiqah terutama apabila dia dan isteri menutup mata nanti.

Kesalnya terarah kepada polisi kerajaan sekarang yang padanya tidak lagi mengambil berat kebajikan OKU seperti anaknya yang kini tidak lagi layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

Sebenarnya, bukan bantuan kewangan sangat yang diharapkan Razali, sebaliknya ada perkara lebih utama yang baginya kerajaan boleh lakukan untuk membantu golongan seperti Nuraina Syafiqah berdikari dan menguruskan diri sendiri apabila ibu bapa atau penjaga masing-masing meninggal dunia.

Ikuti luahan rasa serta harapan Razali dalam Utusan Malaysia esok (Sabtu) menerusi ruangan S2 Rencana bertajuk `Kebimbangan seorang bapa' atau layari www.utusan.com.my.