Ketua Pegawai Operasinya, Hakimi Mohd. Zain dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil tindakan segera sebaik sahaja menyedari kesilapan tersebut pada hari yang sama.

“Kesilapan itu adalah tidak disengajakan dan kami amat menyesali apa yang berlaku.

“Kami belajar daripada kesilapan dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang supaya perkara yang sama tidak berulang lagi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE