Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, hospital ketiga di bandar raya ini akan dibina di kawasan seluas 19 hektar di atas tanah milik Kementerian Kesihatan.


“Hospital ini memiliki 305 katil dan merupakan keperluan mendesak. Ini kerana Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini sudah padat dan sesak.


“Hospital ini untuk keperluan penduduk di Kempas, Tampoi dan kawasan sekitarnya. Selain itu kita juga akan bina satu lagi hospital di Seri Alam (Hospital Pasir Gudang),” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Gotong-Royong Perdana Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini sebentar tadi.


Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dzulkefly Ahmad, Pegawai Kewangan negeri, Datuk A. Rahim Nin dan Datuk Bandar Johor Bahru, Amran Rahman. - UTUSAN

ONLINE