Namun sehingga hari ini yang sudah memasuki April, bayaran tersebut masih belum diumumkan sehingga menimbulkan kegelisahan para pendeposit yang terus sabar menanti.

Di laman-laman sosial, kebanyakan netizen turut mempersoalkan perkara sama malah ketika zaman kerajaan dahulu, hibah atau dividen itu selalunya diumumkan pada akhir Januari atau awal Februari.

Persoalan itu turut dibangkitkan oleh Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli yang menggesa Mujahid segera mengumumkan bayaran hibah tersebut dan jangan membiarkan para pendeposit Tabung Haji terus menanti.

Katanya, sebelum ini, pengumuman mengenai pembayaran hibah itu tidak pernah berlaku kelewatan seperti sekarang.

“Saya harap pihak berkaitan jangan melengah-lengahkan pengumuman tersebut, jika ada apa-apa masalah, beritahu rakyat, jangan biarkan mereka ternanti-nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam status Facebooknya turut mempersoalkan mengen

Kata Najib, sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri memaklumkan pengumuman bagi hibah Tabung Haji akan dibuat selewat-lewatnya pada Mac.

“Mengapa menteri-menteri PH sering mungkir janji ? macam ini siapa hendak percaya lagi,” soalnya melalui status Facebook tersebut. - UTUSAN ONLINE