Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bertepatan usaha martabatkan Bahasa Melayu

PADANG TERAP 6  Julai - Keputusan Kabinet untuk menarik semula ke­longgaran syarat kelayakan lulus subjek Bahasa Me­layu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41 adalah tindakan yang amat tepat.

MAHDZIR KHALID
MAHDZIR KHALID

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan itu menepati polisi atau dasar kerajaan sejak sekian lama iaitu para pelajar diwajibkan lulus dalam subjek Bahasa Melayu dan sejarah bagi melayakkan mereka menerima sijil SPM.


“Dari segi dasar, pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu bertepatan dengan usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa tunggal rasmi kebangsaan.


“Justeru tak ada salahnya untuk kita mewajibkan mereka yang terlibat mengambil 
subjek Bahasa Melayu SPM yang dijalankan dua kali setahun iaitu pada Jun dan November,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka dan kenduri kesyukuran sempena perkahwinan anaknya, Siti Hajar Mahdzir dengan juruterbang, Muhamed Naqib Nor Said di Pusat Komuniti Padang Kerasak di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain