Penulis antara individu yang turut bersetuju dengan keputusan diambil demi kebaikan semua pihak.

Ini membuktikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku pihak berkuasa tempatan tetap berpegang teguh dengan pendirian mempertahankan sesuatu sistem yang terbukti keberkesanannya.

Keberanian beliau membuat keputusan itu perlu bagi kepentingan orang ramai.

Permintaan segelintir ahli parlimen Kuala Lumpur dalam beberapa isu termasuk mahu pelaksanaan sistem ini ditangguhkan tidak sekali-kali membuat beliau cepat melatah tetapi diterima dengan hati terbuka melalui penelitian yang terperinci.

Pengalaman selama 40 tahun berkhidmat di DBKL seterusnya dilantik sebagai Datuk Bandar pada pertengahan Julai 2015 diterjemahkan melalui rekod dan pencapaian cemerlang yang dicatat dalam mentadbir Kuala Lumpur.

Jika Datuk Bandar bersetuju memansuhkan operasi mengunci tayar kenderaan mungkin kita boleh mengagak apa yang berlaku kepada bandar raya Kuala Lumpur.

Tentu sekali persekitaran didapati tidak terkawal yang mana kenderaan diletakkan sesuka hati.

Masih ada pemilik tidak mengendahkan peraturan apabila meletakkan kende­raan mereka di siar kaki, di persimpangan, di garisan kuning dan sebagainya.

Bagi penulis pelaksanaan operasi ini adalah lebih kepada usaha mendidik warga kota menjadi lebih berdisiplin.

Dalam melaksanakan undang-undang, tentu sekali DBKL tidak memilih bulu dan mengunci setiap kenderaan yang ditinggalkan.

DBKL memaklumkan sehingga 31 Mei lalu sebanyak 2.5 juta notis kompaun kesalahan trafik masih belum dijelaskan orang awam, ia bukan sesuatu yang mengejutkan.

Notis ini jelas menunjukkan pengguna yang tidak membayar caj parkir adalah individu sama tidak membayar kompaun DBKL.

Ternyata golongan ini adalah pengguna yang tidak bertanggung jawab, memen-tingkan diri sendiri dan paling teruk ingkar kepada peraturan dan undang-undang.

Bagi penulis, pelaksanaan sistem ini satu-satunya langkah yang dapat mengajar mereka bagi menghormati hak-hak orang lain. Sudah tiba masanya kita membuang sikap mementingkan diri.

Ternyata golongan ini adalah pengguna yang tidak bertanggung jawab, mementingkan diri sendiri dan paling terukingkar kepada peraturan dan undang-undang.