Setiausaha Akhbarnya, Alyaa Azhar yang menyatakan perkara itu berkata, kenyataan tersebut yang kini tular di media sosial adalah palsu dan fitnah.

“Ini bukanlah kali pertama menteri (Salahuddin) berhadapan dengan fitnah sebegini.

“Kenyataan yang dikaitkan dengan menteri kali ini ternyata berniat jahat, tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memburukkan nama menteri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Alyaa berkata, pihaknya dalam proses membuat laporan polis selain telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung isu tersebut.

Alyaa berkata demikian bagi merujuk kepada satu kenyataan mendakwa Salahuddin menggalakkan pesawah untuk menanam durian di sawah kerana ia memberikan pulangan lumayan. - UTUSAN ONLINE