Namun Presidennya, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, pihaknya agak sangsi 'berita gembira' yang akan diumumkan Januari tahun depan mampu dilaksanakan atau tidak bagi mengakhiri rungutan permasalahan sekian lama ekoran sukar ditangani.

"Apa yang menjadi persoalannya pengumuman tersebut dibuat dengan mendahului laporan pelan strategi yang sedang dirangka oleh pihak kementerian. Apakah laporan tersebut mampu melunaskan apa yang telah diumum oleh menteri atau sebaliknya?

"Alumni GPMS Kebangsaan tidak mahu emosi guru sekadar dimainkan dengan pengumuman yang belum pasti bila pelaksanaan kerana kebiasaannya sesuatu keputusan diumumkan selepas kajian dibuat dan diperhalusi, bukannya diumumkan sebelum laporan kajian dibentangkan.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas kenyataan Maszlee bahawa guru-guru bakal menerima berita gembira pada awal tahun depan berikutan pihak kementerian sedang merangka pelan strategi yang dijangka selesai Disember depan.

Maszlee hari ini dilaporkan sebagai berkata, kelak tiada lagi tugas-tugas perkeranian dibebankan kepada guru di seluruh negara dalam usaha mengembalikan kegemilangan guru seperti dahulu. - UTUSAN ONLINE