Menurut Presiden PKR itu, rakyat juga harus menangkis politik perkauman dan `fear mongering’ (ketakutan awam) bagi memastikan Malaysia kekal maju.

“Dalam politik, adalah amat mudah untuk menjatuhkan seseorang, namun, saya tidak akan berkompromi dalam perkara ini iaitu agenda ekonomi negara mesti berasaskan kepada keperluan bukannya berasaskan kaum,” katanya menerusi laman Twitter beliau, hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut memuat naik sebuah infografik yang memaparkan faktor kemiskinan di negara ini berpunca daripada kos hidup yang tinggi, kekurangan peluang pekerjaan dan taraf pendidikan rendah.

Infografik itu juga memaparkan lima cadangan Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu, antaranya harus berganjak dari Agenda Melayu kepada Agenda Rakyat demi membasmi kemiskinan semua serta agihan penghasilan dan keuntungan yang tertumpu kepada golongan elit Melayu sebelum ini harus diubah demi memastikan peluang sama rata untuk semua. - UTUSAN ONLINE