Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris, berkata, pindaan juga perlu dilakukan dalam proses penyediaan, pemprosesan, pengeluaran serta penyelenggaraan makanan untuk haiwan.

“Penggunaan sisa haiwan daripada rumah sembelihan sebagai bahan mentah dalam makanan haiwan sudah menjadi amalan biasa.

“Darah dan tulang telah lama digunakan sebagai sumber protein dalam makanan haiwan kerana berkhasiat, murah dan mesra alam namun menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan dan status halal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya lagi, walaupun terdapat peraturan khusus mengenai isu makanan haiwan namun tiada peraturan yang mengetengahkan keperluan makanan halal untuk haiwan termasuk ramuan, pemprosesan, pengeluaran, pengangkutan serta penyimpanan. - UTUSAN ONLINE