Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, kerajaan tidak mahu membuat keputusan secara terburu-buru memandangkan ketika ini jawatankuasa khas yang dibentuk untuk mengkaji semula akta tersebut sedang mengadakan perbincangan.

Menurut beliau, segala cadangan yang dikemukakan jawatankuasa tersebut akan diputuskan oleh Kabinet.

“Jadi biarlah jawatankuasa khas ini diberi peluang untuk membincangkan perkara ini secara mendalam. Jangan bimbang, kita akan ambil pandangan pihak berkaitan termasuk mereka yang pernah ditahan di bawah SOSMA,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr. S. Ananthan yang ingin mendapatkan penjelasan kerajaan mengenai tahanan SOSMA yang tidak diberikan peluang untuk membela diri melalui proses perundangan dengan segera dan bukannya menunggu sehingga pemansuhan akta tersebut. – UTUSAN ONLINE