ABDULLAH AYUB
ABDULLAH AYUB 

Perkara itu disahkan isterinya, Toh Puan Anna Abdul Ranee ketika dihubungi Bernama.

“Tun dimasukkan ke IJN 4 Dis lepas kerana masalah jantung biasa. Bagaimanapun, beliau diserang strok pada 5 pagi Jumaat lalu (7 Dis).

“Selepas menjalani rawatan, beliau meninggal dunia pada 1.33 pagi ini,” katanya.

Beliau berkata, solat jenazah akan berlangsung di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara di sini selepas solat Zohor, sebelum urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Dilahirkan pada 3 Jan 1926 di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak, Allahyarham dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara pada 1 Jan 1979 dan bersara daripada perkhidmatan awam pada 3 Jan 1981. - BERNAMA