Dia dibantu ra­kan yang juga bekas pelumba trek negara, Mohd. Rizal Tisin bertolak dengan menaiki bas dari sini pagi semalam sebelum tiba di Putrajaya pukul 12 tengah hari.

MOHAMAD SYAZWAN
MOHAMAD SYAZWAN

Menurut Syazwan, dia bersyukur kerana dibantu rakannya itu dan pada masa sama berharap agar diberi peluang pekerjaan di Putrajaya.

“Alhamdulillah, ada rakan yang ingin membantu dan memberitahu terdapat peluang pekerjaan di Putrajaya. Saya tidak memilih bidang pekerjaan. Saya terima sahaja rezeki yang diberikan. Saya berharap ada re­zeki saya di sini,” katanya ketika di­hubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Rizal me­lalui satu status dalam laman facebook miliknya memberitahu dia menemui Mohamad Syazwan selepas ditegur bekas atlet itu di surau CIQ, di sini semalam.

Mohd. Rizal mendakwa, ra­kannya itu terpaksa tidur di surau dan tidak makan selama dua hari selepas ditipu kenalannya yang kononnya menawarkan pekerjaan di Singapura.

Menurut Mohd. Rizal, ketika tiba di sini, rakan kepada Moha­mad Syazwan itu telah memin­jam duit sebanyak RM500 dan berjanji akan membayarnya namun rakannya itu gagal dihubu­ngi dan menghilangkan diri.