Pot Amir hadir bersama empat orang peguamnya kira-kira pukul 10.30 pagi tadi untuk membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat Datuk Farid Kamil pada 31 Januari lalu.

Peguamnya,  Mohamad Ashmeer Ashroff Raja berkata, polis sudah memanggil anak guamnya sejak Sabtu lalu untuk memberi keterangan.

“Disebabkan jadual yang sibuk sejak Sabtu lalu, kita cuba juga untuk hadir dan beri kerjasama sebaiknya pada polis.

“Setakat ini kita polis belum beri apa-apa lagi arahan untuk tindakan susulan dan jika ada, kita pasti akan membantu,” katanya yang ditemui selepas selesai proses mengambil keterangan.

Pada 31 Januari lalu, Farid Kamil membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur mendakwa dianiaya tiga rakan artis yang memasukkan dadah ke dalam minumannya. - UTUSAN ONLINE