Ketua Pegawai Penguatkuasaannya, Azeem Nazuri berkata, setakat ini tidak timbul isu mengenai tangki penyimpanan minyak yang dijangka kering malah pihaknya sentiasa melakukan pemantuan dan pemeriksaan terhadap bekalan petrol dan diesel.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan di 87 stesen minyak di negeri ini hari ini mendapati bekalan bahan api adalah mencukupi bagi pengguna pada tahun baharu ini.

"Bagaimanapun, pihak kami akan lebih agresif melakukan pemeriksaan di semua stesen minyak setelah berlaku penyelarasan harga runcit bahan bakar oleh kerajaan bermula esok.

"Dalam masa sama, KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan mana-mana stesen minyak di negeri ini yang menutup premis tanpa memaklumkan kepada pihaknya terlebih dahulu," katanya selepas melakukan pemeriksaan bekalan petrol dan diesel di Stesen Shell Ayer Keroh, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE