Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago berkata, ia menepati tempoh masa yang dijangka oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., selaku operator dan SPAN selaku badan kawal selia perkhidmatan air ketika jadual pemulihan dirangka sebelum ini.

“Loji Rawatan Air SSP2 kini sedang dalam tempoh pemulihan dan pengoperasian semula dijangka akan mengambil masa sekitar 24 jam.

“Bekalan air dijangka kembali pulih secara berperingkat bermula lewat hari ini, bergantung kepada lokasi sebagaimana dijadualkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebelum ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sepanjang tempoh henti tugas dan pengoperasian semula loji, SPAN telah memantau secara rapi daripada awal kerja dimulakan sehingga tempoh pemulihan.

“SPAN akan terus memantau secara rapat dengan kerjasama Syabas bagi memastikan bekalan air akan kembali dinikmati pengguna berdasarkan kepada jadual dikeluarkan sebelum ini,” katanya.-UTUSAN ONLINE