Stesen televisyen tempatan berkata, serangan itu menyasarkan tempat duduk pegawai kerajaan yang melihat acara tahunan tersebut, sempena ulang tahun perang Iran-Iraq pada 1980-1988.

“Tembakan dilakukan oleh beberapa lelaki bersenjata dari belakang tempat duduk semasa perarakan itu, terdapat beberapa orang terbunuh dan cedera,” lapor televisyen tempatan. - REUTERS