Kweh Yu Jay maut ketika dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) selepas motosikal yang dinaiki bersama bapa, ibu dan seorang kakaknya tidak dapat dikawal selepas bergesel di sebelah kiri lori yang dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun dari Serdang, Kedah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu, keadaan jalan adalah basah namun tidak hujan.

“Mangsa terjatuh dari motosikal dan mengalami kecederaan di bahagian kepala sebelum dibawa ke HSJ namun meninggal di hospital.

“Bapa, ibu serta kakaknya juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE