Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaimanapun tidak meletakkan sebarang sasaran tempoh bagi menyalurkan bayaran berkenaan sebaliknya bergantung kepada keadaan kewangan kerajaan.

"Kita sudah buat keputusan kita akan bagi royalti sama di Terengganu.

"(Bila dijangka bagi?) bila ada duit," katanya ketika ditanya pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama warga tani Terengganu di Dewan Majlis Daerah Marang di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub; Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah.

Kerajaan negeri masih menantikan sekurang-kurangnya RM250 juta baki royalti minyak bagi tahun lalu yang perlu dilunaskan kerajaan Pusat.

Difahamkan sehingga kini, kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan sudah membuat pembayaran secara terus sebanyak tiga kali kepada Terengganu berjumlah RM450 juta. - UTUSAN ONLINE