Seorang pengguna Twitter tersebut, thezulfo menjelaskan, siasatan oleh polis itu berikutan terdapat laporan daripada kejiranan bahawa bau mayat disebabkan oleh belacan yang dibakar tersebut.

belacan
 

“Pengalaman kawan isteri aku yang tinggal dekat Perancis, dia teruja dapat belacan, lepas tu bakar belacan dekat pangsapuri sebab nak buat sambal belacan.

“Sekali polis ketuk pintu nak siasat sebab ada terima laporan dari kejiranan ada bau mayat,” katanya menerusi ciapan di akan Twitter miliknya yang telah di twit semula sebanyak 21,000 kali.

Jelas thezulfo lagi, laporan polis oleh kejiranan pangsapuri tersebut adalah kerana bau busuk yang pelik dan tidak pernah mereka hidu selama ini.

“Jadi mereka lapor dekat polis sebagai bau busuk, boleh jadi mayat yang lama ditinggalkan, lebih kurang macam itu lah,” katanya lagi.- UTUSAN ONLINE