Sebagai seorang pejuang bahasa, Anwar Ibrahim memberi gambaran Maszlee perlu diberi peluang untuk terus menggalas portfolio berkenaan.

"Baru enam bulan," jawabnya ringkas ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas berkenaan kaedah baharu pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang meresahkan peminjam, Anwar berjanji akan memaklumkan masalah itu kepada pihak terbabit untuk tindakan lanjut.

"Saya akan kemukakan keresahan peminjam ini untuk pertimbangan menteri dan juga Pengerusi PTPTN," katanya.

ANWAR IBRAHIM
ANWAR IBRAHIM 

Dalam perkembangan lain, Anwar membidas keputusan kerajaan Kelantan mengisytihar hari Ahad ini sebagai cuti peristiwa negeri tersebut.

Beliau turut menegaskan tidak akan hadir ke perhimpunan #DaulatHimpunan812 pada Sabtu ini.

"Saya tidak fikir wajar untuk beri cuti untuk demonstrasi," tegas beliau. - UTUSAN ONLINE