Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, senarai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor itu diharapkan dapat memberikan khidmat terbaik kepada negeri ini.

“Selepas terbentuk barisan Exco diharap pentadbiran negeri berjalan lancar dan perkara yang dirancangkan sebelum ini akan dapat diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Dr. Sahruddin Jamal di pejabatnya di sini sebentar tadi.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pertemuannya dengan Sultan Ibrahim berjalan lancar dan beliau turut menyampaikan pandangannya berhubung beberapa perkara. - UTUSAN ONLINE