Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bapa reda pemergian anak

Bapa reda pemergian anak
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat sedang mengusung jenazah mangsa kebakaran di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat hari ini. - UTUSAN/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR 14 Sept - Bapa kepada salah seorang pelajar yang maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi reda dan menerima ketentuan Allah atas pemergian anaknya.

Bapa mangsa, Nasrun Mat Yusuf, 46 berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya, Mohd Nizamuddin, 13 adalah pada Jumaat lalu.

Ujarnya, seorang lagi anaknya, Zunnun Misri, 15 yang turut belajar di pusat tahfiz itu bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami melecur di bahagian belakang badannya.

“Kali saya terakhir saya bertemu arwah, dia tidak seceria seperti selalu. Malah dia beria-ia makan makanan yang saya bawa ketika melawatnya.

“Saya dan isteri reda dengan pemergiannya kerana kami percaya mati itu pasti, akhirat itu kekal abadi,” katanya ketika ditemui di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain