Ibunya, Zainab Awang, 65, berkata, anak bongsu daripada 12 beradik itu perlu menjalani rawatan tersebut sebanyak 30 kali bermula minggu depan.

Menurutnya, sejumlah RM22,088 diperlukan untuk rawatan susulan tersebut bagi memastikan sel-sel ketumbuhan tidak kembali aktif.

“Setakat ini, Hakim Danial sudah menjalani lima pembedahan untuk membuang ketumbuhan di bahagian kepala sejak disahkan menghidap penyakit itu pada 2017.

“Sejak itulah saya banyak ‘berkampung’ di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bagi merawat penyakit yang dihidapi oleh anak,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman mereka di Kampung Bechah Temalang di sini hari ini.

Terdahulu, Zainab menerima kunjungan pihak Yayasan Amal Datuk Zul Wisma diketuai Pengerusinya, Datuk Dr. Zulkepli Mohammad.

Zulkeplinturut menyampaikan sumbangan zakat RM500 dan barangan keperluan harian untuk kegunaan keluarga pelajar tersebut.

Dalam pada itu, Zainab memberitahu, keluarganya ketika ini bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima oleh Hakim bagi membeli barangan keperluan anaknya itu.

Katanya, dia sedikit lega apabila anak-anaknya yang lain turut membantu serba sedikit walaupun masing-masing sudah mempunyai keluarga dan hidup sederhana.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 03118-41-00000800-1 di atas nama Hakim Danial Razali. - UTUSAN ONLINE