Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, jumlah tersebut adalah pada sekitar RM104 juta sahaja daripada jumlah keseluruhan KDNK iaitu RM1.3 trilion.

“Jumlah usahawan bumiputera ketika ini kira-kira satu juta iaitu 970,000 orang dan sumbangan lapan peratus itu boleh dikatakan masih terlalu rendah.

“Jadi menerusi peluang yang ada, kerajaan akan membantu usahawan bumiputera melonjakkan diri dalam perniagaan diceburi contohnya menerusi industri halal iaitu usahawan bumiputera mempunyai kepakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera (KUB) 2018 yang disertai kira-kira 1,000 usahawan negeri ini di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Wan Suraya Wan Mohd. Radzi dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah.