muamalat-1
 

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima mock cek tersebut daripada Ketua Pegawai Eksekutif bank berkenaan Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid dalam satu majlis yang disekalikan dengan ‘Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 16 bagi tahun 2019’ di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Padang Besar

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs.

Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengurus Kawasan Utara BMMB, Azman Shuib.

Yang hadir sama, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Tuanku Raja dan Tuanku Raja Muda menunaikan solat jumaat di masjid tersebut.

Selepas solat, baginda berdua berkenan merentasi sempadan Malaysia-Thailand diiringi Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Hj Hamdan Bahari meluangkan masa di Pasar Besar Pekan Siam di Padang Besar sebelah Thailand.

muamalat-2