Khaleda yang berusia 72 tahun berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah atas dakwaan menggelapkan duit berjumlah AS$252,000 (RM9.8 juta).

Parti pimpinannya, Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) mendakwa pihak polis di negara ini sudah menahan lebih seribu ahlinya termasuk barisan kepemimpinan sebelum pendakwaan dilakukan.

Sehubungan itu, polis bertindak mengharamkan mana-mana tunjuk perasaan bagi mengelak keadaan menjadi lebih teruk. – AFP