Pengarah Perkeso negeri, Tong Sing Chuan berkata, Saswati layak menerima skim pencen ilat sebanyak RM827 sebulan sepanjang hayat manakala empat anaknya berumur sembilan, 10, 12 dan 17 tahun menerima bayaran sehingga berumur 21 tahun.

“Namun begitu, sekiranya anak-anaknya meneruskan pengajian, bayaran ini akan diteruskan sehingga mereka menamatkan pengajian di peringkat ijazah pertama.

“Pada masa sama, Perkeso juga menyediakan faedah pengurusan jenazah sebanyak RM2,000 juga di bawah skim pencen ilat kepada waris,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumah Saswati di Jalan Delima 7, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, di sini sebentar tadi.

Hadir menyampaikan cek sumbangan faedah pengurusan jenazah dan pencen ilat itu ialah Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim. - UTUSAN ONLINE