Yus Amina Mohd Zawizah, 27, yang juga dikenali Kakak Hello Kitty berkata, kesemua baju kurung tersebut dibuat dengan menggunakan kain kapas English dengan kos tidak melebihi RM2,000.

Katanya, pada mulanya dia enggan untuk menjual baju tersebut tetapi wanita itu terus memujuknya dan menawarkan harga yang tidak mampu ditolak lagi.

“Saya berjumpa dengan Hajah NN di sebuah restoran malam tadi. Dia berkenaan sangat dengan baju ini untuk diberikan kepada anaknya yang sedang belajar di luar negara dan juga dijadikan koleksi dibutiknya.

“Saya sebelum ini banyak mendapat pelbagai tawaran dengan ribuan ringgit oleh seorang Datuk untuk membeli baju tersebut namun saya tidak mahu menjualnya,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini gambar beliau bersama anaknya menyarungkan busana itu yang dimuatnaik di Facebooknya pada Hari Raya Aidilfitri lalu menjadi tular dan mendapat perhatian banyak pihak. - UTUSAN ONLINE