Wakil Sweden di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, lapan negara tersebut ialah Bolivia, Mesir, Perancis, Itali, Senegal, Sweden, United Kingdom (UK) dan Uruguay.

Kelapan-lapan negara itu telah meminta Jepun, selaku Presiden Majlis Keselamatan PBB untuk bulan ini mendesak Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memberi taklimat kepada 15 negara anggota majlis berkenaan.

Terdahulu selepas pengumuman Trump, Guterres menegaskan, isu berkenaan mesti diselesaikan melalui rundingan terus antara Israel dan Palestin dan memberi amaran tindakan sebelah pihak akan menggugat proses damai.- AP