Malah apa yang le­bih membimbangkan, se­hing­ga kini tiada racun kimia yang berkesan untuk tujuan kawalan sekali gus serangan serius di kawasan penanaman akan menyebabkan petani kehilangan hasil hampir 80 peratus.

JAMAL HARIZAN YANG RAZALI
JAMAL HARIZAN YANG RAZALI

Bayangkan sekiranya benih tidak sah berpenyakit BPB ditanam secara berleluasa, kesannya amat berbahaya berikutan hasil pengeluaran padi negara akan merosot seterusnya bekalan beras akan berada pada tahap kritikal.

Penyakit BPB mula dikesan di negara ini di Sungai Acheh, Sebarang Prai Selatan, Pulau Pinang pada November 2017 dan sehingga kini sudah menjejaskan kira-kira 6,329 hektar membabitkan 11 negeri di Semenanjung negara yang dica­tatkan sehingga 28 Januari lalu.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Jamal Harizan Yang Razali, kawasan serangan tidak boleh dijadikan sebagai lokasi sumber benih padi dan hanya dibenarkan di­tuai untuk menjadi padi beras.

“Penyakit ini turut sudah dilaporkan berlaku di Amerika Utara, Selatan dan Amerika Tengah, Afrika dan Asia seperti Jepun, Korea, Vietnam, Filipina, India, Sri Lanka, China, Indonesia termasuk negara kita.

“BPB ini merupakan satu ancaman besar terhadap industri padi negara memandangkan buat masa ini, semua varieti yang ditanam tidak rintang terhadap penyakit ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan, penggunaan benih padi tidak sah bakal memberi ancaman terhadap bekalan beras negara khususnya melibatkan soal pengeluaran hasil selain berhadapan dengan risiko tinggi luar jangka seperti pembawaan penyakit

Malah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub turut memberikan amaran terakhir kepada syarikat dan pihak yang terlibat dengan aktiviti pembekalan benih tidak sah supaya menghentikan ke­giatan mereka.

Sehubungan itu, Jamal Harizan mengulas lanjut, susulan insiden itu, pihak jabatan sudah menjalankan mesyuarat jawatankuasa pasukan petugas dan teknikal BPB bagi menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan pembendungan dan penghapusan BPB.

“Antara faktor yang menggalakkan penyebaran penyakit ini adalah daripada penggunaan benih padi berpenyakit khususnya yang tidak sah selain faktor cuaca.

“Maka langkah segera wajar diambil oleh pesawah adalah supaya kuarantin kawasan serangan, musnahkan sumber penyakit termasuk memotong batang padi dan membakarnya selain membersihkan jentera supaya bakteria tersebut tidak merebak,” ujarnya.