Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Baca al-Quran setiap hari punca kejayaan Fadhluddin

Fadhluddin Sahlan (tengah) menunjukkan slip keputusan peperiksaannya
Fadhluddin Sahlan (tengah) menunjukkan slip keputusan peperiksaannya di Maahad Tahfiz Sains dan Teknologi Banting, Kuala Langat, kelmarin. Turut sama, Pengetua maahad tersebut, Siti Noridah Tohiron dan ibu Fadhluddin, Najwa Abd. Aziz (kanan).

KUALA LANGAT 17 Mac – Amalan membaca al-Quran setiap hari ternyata membuatkan Fadh­­luddin Sahlan, 18, lebih tenang untuk mengulang kaji pelajaran sekali gus memboleh­kannya mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang di­umumkan semalam.

Pelajar Maahad Tahfiz Sains dan Teknologi Banting itu berjaya memperoleh 11A dalam peperiksaan tersebut.

“Amalan membaca al-Quran dan buku-buku akademik saya seimbangkan sebagai salah satu cara untuk membina kecemerlangan da­lam peperiksaan.

“Membaca al-Quran membuatkan saya rasa lebih tenang serta memudahkan saya memahami apa yang dipelajari,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Selain itu, Fadhluddin mem­beritahu, kejayaan tersebut turut didorong oleh ibu bapanya, Sahlan Saruddin dan Najwa Abd. Aziz yang tidak putus-putus memberikan semangat serta perangsang kepadanya.

Malah, dia turut menjadikan kejayaan adik-beradiknya yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM sebelum ini sebagai motivasi untuk berusaha lebih gigih sete­rusnya sebagai titik permulaan untuk merealisasikan cita-cita menjadi seorang doktor.

“Walaupun ibu bekerja sebagai peguam dan bapa adalah pensyarah dalam bidang undang-undang, saya lebih berminat untuk berbakti kepada masyarakat dengan menjadi seorang doktor,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain